Monday 31 December 2012

TAQLID BUTA DI ALAM POLITIK



USTAZ ABU BAKAR HAMZAH DENGAN BUKUNYA "TAKLIQ BUTA DALAM ALAM POLITIK" Yang dikarangkan pada(19 Ogos 1959)
Di atas kesedaran Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri buku ini telah diulang cetak pada 1983 dengan harapan untuk menyedarkan masyarakat Islam di negara ini supaya tidak berpolitik secara takliq buta.Pada beliau,salah satu persoalan dalam gerakan politik ialah "Sikap Takliq Buta " para pengikut yang menyebabkan ramai orang memilih jalan mudah untuk menjadi Pak Turut dan Tukang Angguk,lalu menjadi bagitu taksub dan fanatik terhadap ketua-ketua mereka.Dengan tegas melalui buku ini Ustaz Abu Bakar Hamzah memperkatakan dari hal pimpinan-pimpinan parti politik sendiri yang walau pun mereka dari kalangan cerdik pandai dan intelek namum mereka juga memilih jalan yang sama dan berpolitik secara takliq buta.Sepanjang pengetahuan saya Ustaz Abu Bakar Hamzah amat perihatin dalam perkara tersebut dan beliau merupakan seorang tokoh yang berani memperkatakan kebenaran walau dimana saja hatta kepada kawan-kawan seperjuangannya sendiri dalam PAS. Sikap beliau yang tegas dan terkehadapan itu menimbulkan berbagai prangsangka dikalangan pimpinan lain.Justeru,beliau terpaksa menghadapi tindakan dipecat pada tahun 1974 ketika PAS di bawah pimpinan Dato Asri bin Haji Muda.Manakala di zaman PAS di bawah pimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa 1985 beliau terpaksa menerima tindakan digantung keahlian.
Kerjasama PAS dengan parti-parti SDP,NASMA dan CCC dalam pilihan UMUM 1986 sangat ditentangnya atas alasan tindakan tersebut merugikan Islam dan Melayu.Walaupun beliau tidak berminat dengan UMNO tetapi beliau tidak menaruh dendam kesumat kepada UMNO dan sedia pada bila-bila masa mengadakan perbincangan demi kebaikan Islam.Semasa hayatnya beliau sentiasa berusaha agar UMNO dan PAS berbaik-baik dan tidak bergaduh sehingga membawa padah kepada Umat Islam di negara ini.Beliau menentang perangai kafir-mengkafir dikalangan sesama umat Islam disebabkan perbedaan politik kepartian.
Pada saya Ustaz Abu Bakar Hamzah amat ikhlas terhadap Islam,justeru ketika hayatnya beliau sentiasa bersedia menjadi orang tengah bagi mendekatkan UMNO dengan PAS.Namun semuanya ibarat menunggu buah yang tidak gugur.Untuk mengetahui lebih lanjut dari hal Ustaz Abu Bakar saya sarankan kepada semua Umat Islam di negara ini supaya membaca buku "Takliq Buta Dalam Alam Politik dan Buku Qua Vadis PAS" yang kedua-duanya adalah tulisan dan susunan Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri.Saranan saya ini adalah sebagai cadangan kepada masyarakat Islam di negara ini supaya mencari satu formula politik yang sesuai untuk menyelamtkan suasana keruncingan Umat Islam di negara kita sekarang yang seolah-olah sedang berperang sesama sendiri dan di antaranya tidak malu silu meminta bantuan kawan-kawan dari golongan musyrik demi memperkuat politik masing-masing untuk mempertahan atau merampas Putera Jaya.
Pada berpendapat sehingga kini belum lagi muncul saorang tokoh yang berwibawa yang mampu menjadi orang tengah kearah penyatuan perpecahan Umat Islam di negara ini. Justeru,saya sarankan kepada masyarakat Islam di negara kita agar jadikan" Pembentukan Kerajaan Camporan Perikatan PAS 1973" sebagai formula dalam usaha penyatuan umat di neraga kita.Moga-moga dengan cara tersebut Umat Islam di negara ini dilihat sebagai umat contoh yang mampu berpegang dengan ajaran al Quran dan Sunnah.Sama-sama kita doakan agar Allah timbulkan seorang tokoh yang berwibawa bagi mendamaikan suasana kegawatan ini. Sama-sama kita tunggu. Insha Allah.
Sekian dimaklumkan,moga-moga paparan saya ada manfaat kepada Umat Islam sejagat.
Haji Mansor bin Md Nor


Saturday 13 October 2012

PIMPINAN PAS...ulamak @ buta quran

Salam Perjuangan kepada rakan - rakan dan saudara yang setia mengunjungi Panglima Sanglang.. sekali lagi kita bertemu dalam wadah yang membincangkan tentang perihal lakuan manusia di bumi Allah yang bergelar PolitiKUS. Landasan yang telah digariskan dalam Islam ialah Al Quran. Adakah PAS dan PIMPINANnya memahami Al Quran dengan total. jika apa yang dilakukan sekarang oleh PAS dan Ulamak-Ulamaknya , jelaslah bahawa mereka sebenarnya BUTA QURAN. Di dalam Al-quran Jelas menunjukkan kepada penganutnya tentang perpaduan dan silaturrahim. Adakah mereka kini sedang membina ikatan silaturahim yang kuat dengan sesama Islam? dengan amanat hadi yang masih menjadi perbincangan hangat, tuan-tuan sendiri boleh menjawabnya.

AMARAN ABU BAKAR HAMZAH 30 TAHUN LALU

ABU BAKAR HAMZAH merupakan nama besar yang telah banyak mencorakkan warna warni polittik di MAlaysia. Sejak 40 tahun yang lampau, pelbagai tohmahan kepada beliau amat dahsyat. Namun beliau tetap dengan pendiriannya terhadap kepincangan politik pada masa itu. bertitik tolak dari itulah beliau telah menggambarkan suasana politik 30 tahun akan datang. ternyata ianya benar dan sedang melanda negara yang kita cintai ini.

HASSAN ALI + ZULKIFLI NORDIN = ABU BAKAR HAMZAH

Abu Bakar Hamzah return

Tuesday 2 October 2012

WASIAT RAJA - RAJA MELAYU

KERAJAAN CAMPORAN DAN ABU BAKAR HAMZAH

Pembentukkan KERAJAAN CAMPORAN PERIKATAN - PAS 1973(Ustaz Abu Bakar Hamzah Sebagai Pelupur)


  Ramai orang tidak faham perbedaan di antara"Kerajaan Camporan Perikatan - PAS 1973" dengan kemasukkan PAS ke dalam Barisan 
  Nasional bulan Jun/1974.Berdasarkan fakta-fakta yang terdapat di dalam buku Biografi Ustaz Abu Bakar Hamzah oleh:Mohd Zali 
  Saari dan buku Islam Dan Nasionalisma Di Malaysia oleh: Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri,maka orang ramai harus memahami 
  bahawa terdapat perbedaan yang besar cara kemasukan "Pembentukan Kerajaan Campran 1973" dengan "kemasukan PAS kedalam 
  Barisan Nasional 1974".Oleh kerana Ustaz Abu Bakar Hamzah tidak pernah terlibat dengan "Kemasukan PAS ke dalam Barisan 
  Nasional 1974" maka beliau berhak memperkatakan tentang kebaikan "Kerajaan Camporan PERIKATAN - PAS 1973".Berdasarkan 
  penerangan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri kepada saya dan rakan-rakan ketika itu bahawa pembentukan "Kerajaan Camporan 
  Perikatan - PAS 1973" dilakukan secara berterangan dan telus tanpa niat menipu sesiapa lebih-lebih lagi ahli-ahli PAS 
  sendiri .Keputasan pembentukan kerajaan dipersetujui melalui Muktamar Agung Khas PAS dengan berdasarkan perbahasan yang 
  berapi-api oleh perwakilan.Di atas ketelusan Ahli Jawatankuasa Agung PAS melalui Ustaz Abu Bakar Hamzah sebagai Setiausaha 
  Agung PAS ketika itu,yang sedia menerangkan dan menjawab segala permasalahan yang ditimbulkan maka kebanyakan perwakilan 
  yang hadir dalam Muktamar tersebut dapat memahami tujuan sebenar hasrat PAS membentukan "Kerajaan Camporan Perikatan - PAS  
  1973" itu. Persetujuan  dibuat dengan undian secara majoriti bersetuju memberi mandat kepada pimpinan PAS menjalankan usaha 
  kearah Pembentukan Kerajaan Camporan Perikatan - PAS itu berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui oleh Muktamar Agung 
  Khas.Untuk mengetahui syarat-syarat tersebut sila rujuk buku "Islam dan Nasionalisme di Malaysia" susunan Ustaz Abu Bakar 
  Hamzah sendiri.Walau bagaimana pun terdapat perwakilan-perwakilan PAS terutama sayap pemuda mengambil keputusan agrisif 
  meninggalkan dan terus memasuki UMNO.   Ustaz Abu Bakar Hamzah sangat optimis dengan Pembentukan "Kerajan Campuran" 
  tersebut jika berjaya dibentuk terutama dalam perkara-perkara tersebut:

1. Ideologi Islam dapat diterapkan dalam Kerajaan melalui sistem pendidikan terkawal. 2. Syiar Islam dapat ditingkatkan dalam negara. 3. Rakyat akan bersatu khususnya sesama umat Islam 4. Pembangunan mudah dijalankan (dengan pemantauan sebauh Jawatan Penyelaras 6 PERIKATAN dan 6 PAS )
Diatas kehendak Allah yang Maha Kuasa Kerajaan Camporan PERIKATAN - PAS telah berjaya dibentuk pada pada Awal 1973.Pihak Perikatan telah menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh pimpinan PAS seperti yang dipersetujui dalam Muktamar Agung Khas PAS.Walau bagaimana pun di atas kehendak Allah jua "KERAJAAN CAMPORAN PERIKATAN - PAS" amat singkat umurnya apabila AJKKA PAS ketika itu dibawah pimpinan Dato Asri Haji Muda bertindak memecat Ustaz Abu Bakar Hamzah dari jawatan Setiausaha Agung PAS. Di atas tindakan tersebut Ustaz Abu Bakar Hamzah terpaksa mencabar Dato Asri Haji Muda bagi Jawatan Yang DiPertua Agung PAS dengan Slogan "Cukuplah selama 10 tahun PAS berada di bawah Pimpinan Buta Al Quraan dan masa depan PAS perlu diterajui oleh Ulama" .Oleh kerana Ustaz Abu Bakar Hamzah tewas dalam pertandingan tersebut dan akhirnya beliau dipecat dari PAS dengan alasan bahawa Ustaz Abu Bakar Hamzah tidak sependapat dengan pucuk pimpinan PAS dalam usaha membawa masuk PAS kedalam GAGASAN BARISAN NASIONAL tanpa Muktamar Agung Khas terlebih dahulu.Pada 1 Jun 1974 PAS secara resmi memasuki BARISAN NASIONAL dengan menerima pakai apa yang ditetapkan oleh BARISAN NASIONAL.Penyertaan PAS ke dalam BARISAN NASIONAL berakhir pada 1978 apabila Parlimen mengenakan Akta Dzarurat di Negeri Kelantan ekoran perbalahan besar Menteri Besar Kelantan Dato Mohd Nasir dengan penyokong Dato AsriHaji Muda yang dikenali sebagai KUMPULAN 20.Dalam sesi perbahasan meluluskan Akta tersebut PAS menentang cadangan Perdana Menteri Dato Hussain On dan dikira sebagai melanggar peraturan yang telah diterima pakai dalam BARISAN NASIONAL. Justru,PAS terpaksa dikeluarkan dari BARISAN NASIONAL.
Haji Mansor bin Md Nor

Sedikit Ulasan Terhadap Buku: KONSEP PIMPIANAN ULAMA DALAM POLITIK Oleh: Ustaz Abu Bakar Hamzah (Pustaka Zakri Abadi 1983)
Setelah saya membaca buku tersebut,maka saya rasa terpanggil untuk membuat uslasan moga-moga akan mendatangkan kebaikan bersama kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia. Pada saya beliau sungguh ikhlas cuba membersihkan imej PAS yang dilebalkan sebagai sedang meniru perjuangan Ala Revolusi Iran.baginya tuduhan tersebut amat meleset kerana perbedaan masa penubuhan PAS dengan Revolusi Iran ialah 25 tahun.Justru,beliau melalui bukunya menyarankan supaya masyarakat Islam mengenang kembali kebangkitan Islam pada kurun kedua puluh.Iaitu Gerakan Islam Sejagat yang dikubarkan oleh Jamaluddin Alfghoni pada penghujung kurun ke 19 merupakan arau yang melanda bukan sahaja di Timur tetapi juga hingga ke Barat.Pada tahun 1905 berlaku satu Revolusi di Iran dan Jamaluddin lah yang yang menjadi juaranya.Pada tahun1906-1908 telqh muncul di Malaya satu Angkatan Pembaharuan yang dipimpin Shikh Tahir Jamaluddin,Shekh Syed Al Hadi dan haji Abas Taha.Mereka ini adalah pengikut Shekh Mohamad Abduh dan Moh rashid Redza yang kedua-duanya adalah murid kepada Syed Jamaluddin Afghani.lanjutan daripada pergerakan tersebut lahirlah sebuah majalah yang bernama Al Imam 1906-1908 yang. Ustaz Abu Bakar Hamzah adalah menjadi kajian Ustaz Abu Bakar Hamzah ketika beliau membuat MP.universiti Kent,England.Mengikut Ustaz Abu Bakar Hamzah melalui buku tersebut,oleh kerana usia PAs telah menjakau 30 dan tentulah inginkan satu perubahan yang lebih baik dan semakin matang.Justru,sebaik sahaja beliau diterima semula oleh PAS pada tanun 1983 beliau berazam meneruskan gagasan "Pimpinan Ulama" yang pernah beliau kubarkan kepada pimpinan PAS 1974.Namuan beliau gagal kerana dipecat oleh PAS atas sebab-sebab tidak menyokong usaha membawa masuk PAS ke dalam Barisan Nasional tanpa Mukatamar Agung Khas terlebih dahulu.Sesungguhnya Ustaz Abu Bakar Hamzah merasakan era 1980 han PAS tidak wajar lagi berkepanjangan berhanyut di bawah naungan dan hanyut di bawah dayungan tokoh-tokoh yang buta al Quran dan buta Hadis. Justru,pada Ustaz Abu Bakar Hamzah "Konsep Pimpinan Ulama"amat sesuaidengan Gerakan Islamiah yang berazam menegakkan Syariat Tuhan di muka bumi.dala hal ini orang yang buta al Quaran mustahil mampu memimpin.Serenta dengan itu beliau sekali lagi membawa azamnya itu kedalam PAS jelas ,contohya semua calun-calun pimpinan tertinggi PAS Periseden,Timabalan Perisen,Naib-Naib dan Setiausaha Agung misti orang yang berjaya melepasi tapisan Dewan Ulama PAS terlebih dahulu.Malangnya usaha beliau di salah ertikan oleh pimpinan PAS dan melebelkan beliau berbagai-bagai sebaliknya menjadikan sayap Majlis Syura Ulama sebagai ganti. Saya berpendapat ,oleh kerana cadangan Ustaz Abu Bakar Hamzah ditolak lagi kali ini,maka beliau tidak jemu-jemu menghentam "kepimpinan Ulama PAS secara kebetulan" yang mana mereka itu terdiri lepasan agama belaka.Dalam hal ini ustaz abu Bakar Hamzah sendiri pernah menegaskan bahaw tidak mustahil pada satu ketika nanti pimpinan PAS akan dikuasai oleh tokoh-tokoh buta al Quran semula.Katanya lagi jika keadaan tersebut berlaku,maka PAS menempuh zaman malangnya yang kedua setelah Dato Asri mengundur diri pada tahun 1983.
Sekian,

Haji Mansor nin Md Nor.

OIC dan jasa Abu Bakar Hamzah

1. Ustaz Abu Bakar Hamzah pernah terlibat secara langsung dalam penubuhan Pertubuhan Negara-Negara Islam Sedunia(OIC)

samada dari segi cetusan idea dan bersama-sama deligasi Malaysia dalam usaha memperkenal dan memujuk negara-negara Islam di
  peringkat antara bangsa kearah menjayakan gagasan tersebut.Berdasarkan kepada cerita yang saya dengar daripada Ustaz Abu 
  Bakar Hamzah sendiri,setelah beliau selesai membaca sebuah buku berbahasa Arab yang berjudul Al Arwatulwusto yang
  menceritakan usaha gigih Tuan Syed Jamaluddin Al Afghoni untuk menyatu padu umat Islam seluruh dunia,namun usaha
  tersebut pada pendapat Ustaz Abu Bakar Hamzah gagal kerana Tuan Syed Jamaluddin meninggal dunia,dan tiada pihak yang 
  meneruskan usaha tersebut.Sehubungan itu beliau berazam meminta Malaysia meneruskan usaha tersebut. Melalui YB Dato Abd
  Rahman Yaakob ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia,YTM.Tengku Abd Rahman Putra Aaj Perdana Menteri Malaysia ketika itu   
  bersetuju meneruskan azam beliau.Walau bagaimana pun Ustaz Abu Bakar Hamzah ketika itu sebagai Wali Parlimen PAS Kawasan
  Bacuk Kelantan diminta turut serta di dalam deligasi yang diketui oleh YB Dato Abd.rahman Yaakob.Dengan kehendak Allah
  diligasi terebut telah menjalankan tugas-tugas mereka dengan jayanya apabila Pertubuhan Persidangan Islam Antara Bangsa    
  (OIC)mengadakan persidangan pertamanya di Rabat,Maaribi pada tahun 1968. Rujuk gambar-gambar diegasi Malaysia di dalam buku
  Biografi Ustaz Abu Bakar Hamzah -Mohd Zali Saari Muka surat 99 dan 100.


dari HJ MANSOR

ABU BAKAR HAMZAH DARI PANDANGAN HJ MANSOR

Saya Haji Mansor bin Md. Nor NO Tel:***-******* ingin membetulkan fakta yang ditulis dalam bab Abu Bakar Hamzah dipecat.

Berdasarkan pengetahuan saya Ustaz Abu Bakar Hamzah tidak pernah mencabar Tuan Haji Yusuf Rawa bertandingan merebut jawatan   
perisiden PAS dalam Mukatamar Agung PAS 1985,sebaliknya beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS menentang Ustaz Hadi
Awang dan Ustaz Nakhie Haji Ahmad tetapi telah tewas dengan memperolehi hanya 2 undi sahaja.Tetapi di dalam Muktamar tersebut
yang turut dihadiri oleh saya dan rakan-rakan lain amat menyesali kerana ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
memekik perkataan "kafir dan Taughut " sebaik saja namanya disebut semasa pengumuman keputusan pertandingan dibuat oleh
Pengerusi Tetap tanpa ditegur oleh Pimpinan-Pimpinan PAS yang berada di hadapan ketika itu.Hal ini sangat dikesali dan  PAS
Kawasan Arau telah membuat bantahan bertulis melalui keputusan mesyuarat AJK kawasan kepada Setiausaha Agung PAS untuk
mendapat penjelasan bertulis,namun Setiausaha Agung PAS ketika itu Ustaz Hassan Shukri gagal menjawab secara bertulas sehingga
keahlian Ustaz Abu Bakar Hamzah digantung.Sebagai maklumat tambahan semasa perkara ini berlaku saya sedang berkhidmat sebagai
Setiausaha Kerja PAS Kawasn Arau,Perlis.

Monday 1 October 2012

SIAPA ABU BAKAR HAMZAH?

SALAM KEPADA SEMUA PEMBACA....

Mungkin tak ramai generasi kini yang mengenali pejuang sejati yang bernama  ABU BAKAR HAMZAH..


 
30 tahun yang lalu perwira ini telah membangkitkan satu versi baru perjuangan politik yang menekankan kepada celik Al Quran, menentang Tqlid Buta, Kepimpinan Ulamak, dan beliau juga menegaskan bahawa amal maaruf dan nahi munkar sebagai senjata politik yang boleh menyelamatkan umat islam, bangsa melayu, dan tanah air tercinta ini dari tersungkur dijajah dalam perjalanan akan datang.

Sunday 19 February 2012

PERLIS KU SAYANG

Sekian lama aku berjauhan dengan negeri ini semakin rindu aku. Tapi bila kaki ku jejak di tanah ini, makin berserabut aku. hem.... yang dijaj ialah perjuangan untuk bangsa.. yang dikompangkan ialah maruah Islam tapi yang ditarikan ialag perpecahan... apa kena dengan hangpa semua ni? Pilihan Raya ( PRU 13 ) dah nak maidah.. yang shahidan dengan shahidiah, Mat Isa dengan Isabiah, Radzi dengan Radziahnya, Azmi dengan Azmiah, dan Ismail dengan Ismailiahnya... mananya kesatuan? pening - pening..... rakyat dok tengok la Dato' - Dato' sekalian.... depan NAjib semua fuhhhhh... PERPEQ betoi.. tolonglaaaaaaa negeri kita..

30 TAHUN AMANAT HADI

Assalamualaikum ... kawan - kawan yang dihormati.. Amanat HAdi ( 1985 ) merupakan titik tolak perpecahan Islam yang amat dahsyat dalam sejarah ketamadunan Islam di MAlaysia. berdetik dari situlah Isteri diceraikan kerana mempercayai UMNO, Isteri nusyuz disebabkan suaminya menyokong UMNO. kenduri orang UMNO haram dimakan Oleh Orang PAs. masjid yang imamnya UMNO haram dijejaki oleh orang PAS. Dalam tulisan YB Profesor Abu Bakar HAmzah ( 1963 - Taqlid Buta Dalam Alam Politik ) telah menerangkan segalanya tentang perlakuan yang akan timbul pada tahun 80-an jika salah tangan yang meminpin PAS. Namun PAS tidak pernah menghiraukan saranan tersebut hinggalah AMANAT HADI ini jadi satu bahan rujukan fatwa PAS hingga ke Hari ini. bermula dengan amanat yang hanya  digegarkan untuk kepentingan politik PAS semata - mata hingga ia menjadi satu fatwa dan persetiaan PARTI PAS pada tahun 80-an. pada tahun 1986/87 majlis fatwa telah menetapkan bahawa amanat ini adalah songsang dan boleh menbawa kepada kufur. Namun, apa yang telah dilakukan oleh hadi.. Tiada apa pembetulan yang dibuat kepada pengikutnya yang buta Quran dan Buta perut tentang perkara ini. kalau tuan2 dan sahabat masih lagi ingat tentang peristiwa MEMALI ( Ibrahim Libya ) ia jua bermula dengan kepercayaan dan ketaksuban golongan ini terhadap amanat hadi yang menghalalkan perang kepada orang UMNO.. Mereka mrnyatakan bahawa Ibrahim libya dan sahabat syahid kerana peristiwa itu.. pada pandangan saya Majlis Fatwa telah mengaharamkan dan ia termaktub sebagai satu perbuatan yang salah. . bagi maletakkan keputusan syahid atau tidak bukan terletak kepada tangan saya, manusia, mahupun mahkamah. tetapi harus diingat bahawa perjuangan yang menuju kepada syahid itu adalah perjuangan yang jelas tujuannya demi agama. dalam era ini, bagi mengelakkan kekeliruan dan juga perpecahan, YB HAJI ABDUL HADI perlu membetulkan kepada pengikutnya tentang hal ini. jika ia diperbetulkan susdah tentu sokongan terhadap PAS akan menurun. ia jelas sekali. jadi tindakannya membisu  dan amanat terus diamalkan dalam PAS kini merupakan penyakit yang ubatnya ada pada HADI. jadi jika DR HADI memberi, kita akan jelas dan penyakit akan sembuh.. so.. fikirkanlah saudara..

jom kita fikirkan

01 February 2012

DILEMA AYAH CHIK

(PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e melahirkan PoLut @ Politik Luar Tabi'e! Berapa lama Ayah Chik boleh bersabar dengan KaLut @ Keadaan Luar Tabi'e ini?)
Salam 2 all.
Kenyataan terbuka Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang baru-baru ini yang menawarkan diri tidak mahu bertanding dalam PRU 13 mengundang pelbagai persoalan dan persepsi.
Adakah beliau benar-benar serius? Atau adakah ianya sekadar gimik politik? Atau adakah ianya sindirian kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih tidak mahu berhenti walaupun sudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan? Atau adakah beliau sudah merajuk dengan dunia politik?
Ayah Chik! Itulah nama timangan dan panggilan “manja” untuk Datuk Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang, Presiden PAS. Siapa yang mengenali Ayah Chik pasti tahu bahawa beliau seorang pendiam. Ya, pendiam! Nampak garang dan tegas diluar, malah ada yang rasa gerun dengan beliau. Ceramahnya berapi, suaranya bak halalintar membelah bumi.
Tapi disebalik kehebatan dipentas ceramah, wataknya sangat berbeza bila bersendirian. Kalau berbual dan bersembang, jarang benar nak dengar suara keluar daripada Ayah Chik kecuali ayat yang perlu. Beliau lebih banyak tersenyum disebalik sumbing dibibir akibat jatuh semasa kecil dahulu. Beliau lebih gemar bersendirian, dan menjala ikan adalah satu kegemaran!
DUA AMANAT YANG BERBEZA
Tetapi disebalik peribadi pendiam itu, Ayah Chik pernah pada suatu ketika menggemparkan negara dengan “Amanat Hadi 1981” yang disampaikan di Kg. Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.
Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!
Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR
Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.
Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!
Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!
POLITIK DUALAM?
Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk”, seseorang yang “sudah terbalik kot”? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai “politik dualam”!!!
“Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR”!
“Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!
Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!
Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.
Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.
Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan “Amanat Hadi 1981”, akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan”, dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!
Tetapi sebaliknya yang berlaku. “Amanat Hadi 2003” menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai “cukup Islamik dan boleh didukongi”! Dan kesan “Amanat Hadi 2003” membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!
Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkan BiaDAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.
Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na’uzubillah).
DILEMA AYAH CHIK
Ini semua berlaku setelah PAS dibawah pimpinan Ayah Chik memilih untuk bersekongkol dengan DAP dan menjadikan Anwar sebagai bakal calon Perdana Menteri mewakili Pakatan BiaDAP-PKR-PAS dalam PRU 11!
Ini semua terjadi bila parti PAS pimpinan Ayah Chik diresapi oleh “parasit Anwarinas” yang sudah bersarang ditempat-tempat strategik didalam PAS. Sehingga sampai ke peringkat ulama’ muda dan tokoh Islam saperti Ustadz Nasharudin Mat Isa boleh tumbang dalam pemilihan Timbalan Presiden kepada tokoh yang kontroversi Mohd. Sabu dalam Muktamar Agong 2011!
Jadi cuba bayangkan perasaan Ayah Chik sekarang?
Daripada pejuang tegar sebuah Negara Islam yang mahu melaksanakan hudud dengan menolak Perlembagaan Persekutuan sebagai kafir, tiba-tiba menjadi orang yang menukar perjuangan Negara Islam kononnya atas alasan “tidak disebut dalam Quran”, dan menerima penolakan hudud oleh pakatan BiaDAP-PKR-PAS. Dan akhirnya kini menerima dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan” dahulu sebagai “cukup Islamik”!
Tidak cukup dengan itu, pakatan sokongan dan dokongan parti pimpinan Ayah Chik menjadikan Islam sebagai "alat mainan politik", hingga Islam dilacurkan sehina yang teman percaya tidak pernah Ayah Chik terfikir!
Kalimah ALLAH digadaikan kepada kristian walaupun Timbalan Mursyidul Am PAS membantah dengan tegas dan keras, bai’ah talaq tiga kepada isteri dihalalkan demi menjaga kerusi dan jawatan, himpunan bersama umat Islam jadi 'haram', himpunan bersama kafir menjadi 'halal'.
Kafir harbi mengagihkan daging qurban sembelihan penyokong Ayah Chik! Kafir harbi berjoget robek disurau masjid naungan pendokong Ayah Chik! Komunis atheist di idolakan, pejuang kemerdekaan dibangsatkan! Malah sehingga ahli parti Ayah Chik ada yang sanggup mati demi mempertahankan kafir harbi la’natullah! Semua itu berlaku dihadapan mata Ayah Chik, yang kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa!
Kemuncaknya ialah apabila Ayah Chik terpaksa membaca teks kenyataan yang disediakan untuk memecat pejuang yang sangat dia kasih dan sayangi, YB Datuk Dr. Hasan Ali. Tokoh pemimpin dan ikon gerakan Islam itu dikorbankan akibat mainan politik kotor dan sempit para parasit Anwarinas yang rakus mahu ke Putrajaya, yang melihat Hasan Ali sebagai batu penghalang kepada nafsu besar mereka!
Ayah Chik terpaksa memecat seorang ikon, tokoh dan aktivis Islam yang berjuang untuk memartabat, menobat, memuliakan, mempertahan dan membela Islam dan syariat Islam. Satu perjuangan yang sangat dekat dihati Ayah Chik! Hasan Ali menjadi mangsa rakus parasit Anwarinas yang sudah bersarang enak didalam PAS pimpinan Ayah Chik.
Melihat apa yang berlaku kepada Hasan Ali, Ayah Chik tahu ia boleh berlaku kepada Ayah Chik sendiri! Ia tidak mustahil!
Melihat airmuka Ayah Chik sewaktu membaca teks pemecatan Hasan Ali, jelas terbayang diraut wajahnya kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan!
Sebab itu teman tidak terkejut dengan kenyataan Ayah Chik baru-baru ini yang menyatakan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang. Pada teman, itu hanyalah kesan semulajadi yang sewajibnya berlaku kepada Ayah Chik. Mungkin itu sebagai penebus kesedihan, kekecewaan, kegagalan dan pengkhianatan yang telah berlaku.
Cuma teman berpendapat pada peringkat ini Ayah Chik mempunyai tiga pilihan.
Pertama, Ayah Chik boleh terus bersama dengan para parasit Anwarinas didalam pakatan BiaDAP-PKR-PAS dan menelan sahaja segala maruah dan harga diri, dan persetankan segala perjuangan. Yang penting Putrajaya! Yang penting dapat kuasa! Yang penting dapat jawatan, habuan & kedudukan!
Tetapi teman yakin Ayah Chik tidak akan ambil pilihan itu. Kerana berbuat sebegitu sama saperti dia “kencing” diatas kubor para pejuang Islam sebelum ini, yang antara mereka mati terkorban kerana perjuangan yang diyakini! Ayah Chik tidak akan sanggup melihat darah Ustadz Ibrahim mengalir sia-sia! Ayah Chik tidak akan sanggup membiarkan airmata Ustadz Fadzil Noor menitis tanpa pembelaan!
Maka Ayah Chik punya pilihan kedua! Iaitu menjadi Saidina ‘Umar dengan memancung semua para parasitus Anwarinas dan bermufaraqah daripada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan, yang telah merosakkan perjuangan murni Ayah Chik selama ini! Ini adalah tindakan yang akan menebus semua maruah dan harga diri Ayah Chik yang sudah tercalar-balar akibat persekongkolan dengan para parasit ini. Teman yakin kalau ini berjaya dilakukan, nama Ayah Chik pasti akan dicatat dalam sejarah sebagai Singa ALLAH!
Jika Ayah Chik tidak ada keberanian itu, maka pilihan ketiga yang ada kepada Ayah Chik ialah untuk mengundur diri secara senyap sunyi, membawa diri ke perkampungan Rusila, dan meneruskan kehidupan sebagai imam Masjid, dengan kuliah agama diselang-seli dengan khutbah di mimbar. Mungkin Ayah Chik boleh meneruskan hobi menjala yang menjadi kegemaran sekian lama!
Apa pun, sebagai orang yang pernah mendampingi Ayah Chik, pernah bersama dipentas ceramah, teman sedih melihat penghujung perjuangan Ayah Chik yang tidak kesampaian. Malah menjadi terbalik kong!
Addeneul naseehah – agama itu nasihat, sabda Rasulullah saw.
Sebab itu nasihat teman kepada Ayah Chik, sebelum mengambil sebarang keputusan, perbanyakkanlah solat istikharah, mintalah ALLAH memberikan pilihan yang terbaik untuk kesinambungan perjuangan. Pohonlah kepada ALLAH dengan doa saperti berikut, “Ya ALLAH, berikanlah petunjuk kepada ku dalam membuat keputusan yang boleh membawa kebaikan kepada kehidupan ku, kematian ku, dunia ku, akhirat ku, ‘amalan ku dan ‘ibadah ku”.
Dan teman nasihatkan juga kepada Ayah Chik, dirikanlah solat hajat, mohon ALLAH memberi petunjuk adakah persekongkolan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ini sesuatu yang dirahmati ALLAH. Pohonlah kepada ALLAH supaya menunjukkan kebenaran, terutama berkenaan salahlaku seks & liwat Anwar Ibrahim.
Jika benar dialah manusia didalam videoklip rakan baiknya Datuk Eskay itu, jika benarlah Anwar telah meliwat Saiful, maka pohonlah kepada ALLAH supaya melaknat Anwar Ibrahim, menghancurkan persekongkolan dengan Anwar & BiaDAP, dan memberi jalan keluar yang terbaik buat Ayah Chik dan wadah perjuangan yang dibawa.
Dan Ayah Chik janganlah risau berdoa saperti itu, kerana contoh sudah ada bila Datuk Nik Aziz berdoa memohon supaya YAB Dato’ Sri Najib pecah perut!
Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberikan Ayah Chik petunjuk dan kekuatan - ammantu billah summastaqeem!
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali. Persaksikanlah bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan ALLAH Yang Satu; dan Nabi Muhammad saw itu adalah Rasul utusan ALLAH!
Wallahua’lam & Wassalam!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
09 Rabi’ul Awal 1433
12 Jan 2012

dari YB zul Kifli Noordin

Salam 2 all.

Kata mantan Presiden Amerika, George Washington, "you can fool some of the people some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak kelentong semua orang pada setiap masa!".

Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel".

Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin".

Anwar ingat rakyat Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup segala sandiwara politik dia.

Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!

Macam gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu! Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan anak bini dalam penjara!

Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong, dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang tau jugak.

Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana konspirasi.

Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa! Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah.

Kita ingatkan bila Anwar dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang sebaliknya berlaku.

Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!

Rupanya ALLAH ada perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa Ketiga!!

Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri! Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.

Sebaik sahaja bebas, Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.

Kita hanya syak, tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan "a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!!

Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay & Transgender!

Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas! Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!

Malah ada yang mula mahu melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100% Anwar!

Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!

Dan tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan rejim Israel!".

Kenyataan yang teman rasa dibuat sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!

Tetapi Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi dihujung jari, "just one click away".

Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk keras pendirian Anwar itu.

Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak seorang pemimpin Islam.

Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat Islam!

Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis itu.

Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu! Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!

Cuma teman bersangka baik dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah, kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.

Apapun teman berharap isu pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu! Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!

Apapun, Anwar kini sudah tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap WSJ!

Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai masalah!

Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang, hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al. Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!

Apapun, tembelang dan kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas. Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank Dunia!

Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan dianiaya.

Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh 29.01.2012).

Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang daripada mulut Anwar sendiri.

Adakah ini kesan solat hajat yang selalu dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa dan airmata Saiful?

Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas, walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!

Teman yakin ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!

Airmata Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan!

Ya ALLAH, selamatkan umat Islam, bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan oleh mereka yang durjana dan khianat!

Kepada rakyat Malaysia, umat Islam dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim!

TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR IBRAHIM!

INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM!


Rakyat Hakim Negara!

Hukum Anwar di Mahkamah Rakyat!

Tolak Anwar dalam PRU 13 nanti!


Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah! Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!

Dan teman cabar Anwar letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!

ANWAR, YOU ARE JUST NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!


Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
21 Rabi'ul Awal 1433
14 Februari 2012

*Kredit videoklip ini kepada www.aidc.com