Monday 31 December 2012

TAQLID BUTA DI ALAM POLITIK



USTAZ ABU BAKAR HAMZAH DENGAN BUKUNYA "TAKLIQ BUTA DALAM ALAM POLITIK" Yang dikarangkan pada(19 Ogos 1959)
Di atas kesedaran Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri buku ini telah diulang cetak pada 1983 dengan harapan untuk menyedarkan masyarakat Islam di negara ini supaya tidak berpolitik secara takliq buta.Pada beliau,salah satu persoalan dalam gerakan politik ialah "Sikap Takliq Buta " para pengikut yang menyebabkan ramai orang memilih jalan mudah untuk menjadi Pak Turut dan Tukang Angguk,lalu menjadi bagitu taksub dan fanatik terhadap ketua-ketua mereka.Dengan tegas melalui buku ini Ustaz Abu Bakar Hamzah memperkatakan dari hal pimpinan-pimpinan parti politik sendiri yang walau pun mereka dari kalangan cerdik pandai dan intelek namum mereka juga memilih jalan yang sama dan berpolitik secara takliq buta.Sepanjang pengetahuan saya Ustaz Abu Bakar Hamzah amat perihatin dalam perkara tersebut dan beliau merupakan seorang tokoh yang berani memperkatakan kebenaran walau dimana saja hatta kepada kawan-kawan seperjuangannya sendiri dalam PAS. Sikap beliau yang tegas dan terkehadapan itu menimbulkan berbagai prangsangka dikalangan pimpinan lain.Justeru,beliau terpaksa menghadapi tindakan dipecat pada tahun 1974 ketika PAS di bawah pimpinan Dato Asri bin Haji Muda.Manakala di zaman PAS di bawah pimpinan Tuan Haji Yusuf Rawa 1985 beliau terpaksa menerima tindakan digantung keahlian.
Kerjasama PAS dengan parti-parti SDP,NASMA dan CCC dalam pilihan UMUM 1986 sangat ditentangnya atas alasan tindakan tersebut merugikan Islam dan Melayu.Walaupun beliau tidak berminat dengan UMNO tetapi beliau tidak menaruh dendam kesumat kepada UMNO dan sedia pada bila-bila masa mengadakan perbincangan demi kebaikan Islam.Semasa hayatnya beliau sentiasa berusaha agar UMNO dan PAS berbaik-baik dan tidak bergaduh sehingga membawa padah kepada Umat Islam di negara ini.Beliau menentang perangai kafir-mengkafir dikalangan sesama umat Islam disebabkan perbedaan politik kepartian.
Pada saya Ustaz Abu Bakar Hamzah amat ikhlas terhadap Islam,justeru ketika hayatnya beliau sentiasa bersedia menjadi orang tengah bagi mendekatkan UMNO dengan PAS.Namun semuanya ibarat menunggu buah yang tidak gugur.Untuk mengetahui lebih lanjut dari hal Ustaz Abu Bakar saya sarankan kepada semua Umat Islam di negara ini supaya membaca buku "Takliq Buta Dalam Alam Politik dan Buku Qua Vadis PAS" yang kedua-duanya adalah tulisan dan susunan Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri.Saranan saya ini adalah sebagai cadangan kepada masyarakat Islam di negara ini supaya mencari satu formula politik yang sesuai untuk menyelamtkan suasana keruncingan Umat Islam di negara kita sekarang yang seolah-olah sedang berperang sesama sendiri dan di antaranya tidak malu silu meminta bantuan kawan-kawan dari golongan musyrik demi memperkuat politik masing-masing untuk mempertahan atau merampas Putera Jaya.
Pada berpendapat sehingga kini belum lagi muncul saorang tokoh yang berwibawa yang mampu menjadi orang tengah kearah penyatuan perpecahan Umat Islam di negara ini. Justeru,saya sarankan kepada masyarakat Islam di negara kita agar jadikan" Pembentukan Kerajaan Camporan Perikatan PAS 1973" sebagai formula dalam usaha penyatuan umat di neraga kita.Moga-moga dengan cara tersebut Umat Islam di negara ini dilihat sebagai umat contoh yang mampu berpegang dengan ajaran al Quran dan Sunnah.Sama-sama kita doakan agar Allah timbulkan seorang tokoh yang berwibawa bagi mendamaikan suasana kegawatan ini. Sama-sama kita tunggu. Insha Allah.
Sekian dimaklumkan,moga-moga paparan saya ada manfaat kepada Umat Islam sejagat.
Haji Mansor bin Md Nor