Tuesday 28 June 2011

Kaduk Nak Naik junjung lagi...

Mungkin kerana terlalu lama memegang kuasa sebagai menteri besar menyebabkan Dato' Sri Shahidan bin Kassim itu merasakan dirinya sudah kukuh di tampoknya dan dan mempunyai kekebalan undang - undang. NAmun PRU 12 telah membuktikan bahawa kuasa boleh dimiliki dan boleh dilunturkan. kadok di atas junjung telah diturunkan namun jiwa si kadok masih mahu manjadi raja.tunggang langganglah negeri Indera Kayangan kita.  ( petikan forum ).

Penderhaka Upahan..

Duit,duit,duit dan kewahan adalah tawaran hebat yang diberikan kepada siapa sahaja yang mahu. tak telepas juga ada makluk Melayu yang BANGSAT mengupah blogger  untuk menghina institusi Raja-Raja Melayu. Wahhh.... sungguh dahsyat dia, tetapi pengecut dan bacol kerana tidak berani menyatakan sendiri penderhakaannya! adakah dia buta IT atau hanya berani menggunakan orang lain sahaja..

Derhaka on-line

Teknologi kini yang maju membolehkan sesiapa sahaja melontarkan idea dan pandangan mereka di dalam laman sosial sama ada dengan cara yang berhemah atau membabi buta. Kini penderhakaan mula menular melalui sistem internet dan amat sukar dibendung. kempen, maklumat palsu, dan hasutan amat mudah dihebahkan. sistem ini juga digunakan oleh penderhaka nusa untuk merobek keamanan negara serta kedaulatan tanah air ini.

Zaman Penderhaka Mabuk Kuasa

Peradaban zaman semakin maju dan kotak pemikiran umat Melayu semakin terdedah kepada penderhakaan. Ini kerana Kuasa, wang, dan kemegahan yang dikejar. Telah banyak penderhakaan berlaku di muka bumi Melayu ini terjadi kerana 3 faktor ini. buktinya ialah dengan beberapa peristiwa yang dirakam seperti pengeksploitasian gambar Sultan Johor di sepanduk politik pembangkang, gerakan sembah derhaka pembangkang di Perak, kumpulan bantah keputusan Sultan di Terengganu, melangkau kuasa Sultan di Kedah,dan gerakan halus yang menghina Raja Negeri tercintaku di Perlis.Raja-raja kini disalahkan mereka, kuasa raja dipertikai mereka, kedaulatan raga juga dicabul, kedudukan raja dihina, dan keagungan raja - raja Melayu mahu dirampas.... DERHAKA! itulah istilah tepatnya..

Monday 27 June 2011

Raja kini Bahan Mainan Politik Sempit

Umat Melayu yang kini diselubungi dengan ketamakkan kuasa dunia telah menyebabkan Raja - Raja Melayu dibelakangkan dan disingkirkan dalam sebarang bentuk politik negara. Walhal , Duli Yang Maha Mulia merupakan sebahagian daripada politik tanah air. Perlembagaan Malaysia telah menggariskan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi bepaksikan pemerintahan beraja dan parlimen yang suci. Berdasarkan klausa tersebut, terbuktilah bahawa raja adalah pemerintah dan kerajaan merupakan organisasi yang berkerja bagi menjadikan negara sebagai tanah air yang aman, makmur , dan sejahtera.Disebabkan ketidakfahaman klausa perlembagaan, ini menjadikan rakyat yang mengaku mereka umat Melayu telah berusaha untuk menjadi Raja. Mereka pula menyokong apabila bangsa lain yang langsung tidah memahami tentang raja dan melayu menghentam bangsa kita yang mulia ini dan mempermainkan institusi Raja-Raja Melayu. Inilah yang kita kata sebagai Rakyat Kemaruk Kuasa , Raja dijadikan kuda! sungguh biadap dan derhaka!

PEKIDA taat dan setia

Logo PEKIDA MALAYSIA berbentuk
a)  Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa.
b)   Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup.
c)   Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan silaturrahim diantara satu dengan lain.
d)   Warna hijau melambangkan agama Islam
e)   Warna kuning melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu.
f)    Warna merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan.
                            

PERKASA mendaulatkan Raja

TUJUAN PENUBUHAN PERKARA (FASAL 4) 2.1 Memperkasakan Islam Sebagai Agama Persekutuan 2.2 Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan 2.3 Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu 2.4 Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu 2.5 Memperkasakan kaum Pribumi 2.6 Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia 2.7 Mempertahankan kedaulatan Negara

Perlembagaan Persekutuan Malaysia berkaiatan Kedaulatan Raja-Raja

Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 182. Mahkamah Khas.
(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.
(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).
(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kausa tindakan berbangkit.
(4) Mahkamah Khas hendaklah mempunnyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.
(5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan tatacara (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah undang-undang yang mengawal selia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan tatacara yang terpakai dalam mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding di dalam Mahkamah Khas.
(6) Prosiding di dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.
(7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa jua pun kesulitan atau anomali dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam perlaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini; dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boeh membuat apa-apa jua pun pengubahsuaian, adaptasi, pengubahan, pertukaran atau pindaan kepada mana-mana undang-undang bertulis

Raja dan Sejarah

Dalam peradaban Melayu yang kini menjadi pegangan kita sembagai umat Melayu, sejarah telah membuktikan bahawa raja-raja Melayu sebenarnya dilahirkan dari kaum kerabat para ulamak, kiyai, dan ustaz-ustaz yang menentang penjajah. Disebabkan golongan raja - raja ini menentang penjajah dengan penuh rasa kemelayuan , mereka telah dilabelkan oleh para penjajah yang menulis sejarah melayu sebagai golongan lanun, perompak dan juga perampas kuasa. tetapi di sebalik sejarah yang mereka tulis itu tersirat keagungan raja - raja melayu yang menjadi tonggak kepad Agama Bangsa Dan Tanah Air.

Raja Melayu Raja Disembah

Sekian lama kita masyarakat Melayu yang bertuhankan Allah dan berajakan raja - raja Melayu telah mengakui bahawa institusi dan sistem kehidupan ini perlu mempunyai rasa hormat dan juga taat kepada setiap pemimpin kita tidak kira di peringkat keluarga, masyarakat dan sebagainya. Sebagai seorang melayu sejati, derhaka kepada Ke Bawah Duli Tuanku adalah amalan biadap yang amat hina.Oleh yang demikian Si Melayu yang tidak taat akan rajanya tidak layak dianggap sebagai Melayu.