USTAZ ABU BAKAR HAMZAH DENGAN BUKUNYA
"TAKLIQ BUTA DALAM ALAM POLITIK" Yang dikarangkan pada(19 Ogos 1959)
Di atas
kesedaran Ustaz Abu Bakar Hamzah sendiri buku ini telah diulang cetak pada 1983
dengan harapan untuk menyedarkan masyarakat Islam di negara ini supaya tidak
berpolitik secara takliq buta.Pada beliau,salah satu persoalan dalam gerakan
politik ialah "Sikap Takliq Buta " para pengikut yang menyebabkan
ramai orang memilih jalan mudah untuk menjadi Pak Turut dan Tukang Angguk,lalu
menjadi bagitu taksub dan fanatik terhadap ketua-ketua mereka.Dengan tegas
melalui buku ini Ustaz Abu Bakar Hamzah memperkatakan dari hal
pimpinan-pimpinan parti politik sendiri yang walau pun mereka dari kalangan
cerdik pandai dan intelek namum mereka juga memilih jalan yang sama dan
berpolitik secara takliq buta.Sepanjang pengetahuan saya Ustaz Abu Bakar Hamzah
amat perihatin dalam perkara tersebut dan beliau merupakan seorang tokoh yang
berani memperkatakan kebenaran walau dimana saja hatta kepada kawan-kawan
seperjuangannya sendiri dalam PAS. Sikap beliau yang tegas dan terkehadapan itu
menimbulkan berbagai prangsangka dikalangan pimpinan lain.Justeru,beliau
terpaksa menghadapi tindakan dipecat pada tahun 1974 ketika PAS di bawah
pimpinan Dato Asri bin Haji Muda.Manakala di zaman PAS di bawah pimpinan Tuan
Haji Yusuf Rawa 1985 beliau terpaksa menerima tindakan digantung keahlian.
Kerjasama
PAS dengan parti-parti SDP,NASMA dan CCC dalam pilihan UMUM 1986 sangat
ditentangnya atas alasan tindakan tersebut merugikan Islam dan Melayu.Walaupun
beliau tidak berminat dengan UMNO tetapi beliau tidak menaruh dendam kesumat
kepada UMNO dan sedia pada bila-bila masa mengadakan perbincangan demi kebaikan
Islam.Semasa hayatnya beliau sentiasa berusaha agar UMNO dan PAS berbaik-baik
dan tidak bergaduh sehingga membawa padah kepada Umat Islam di negara
ini.Beliau menentang perangai kafir-mengkafir dikalangan sesama umat Islam
disebabkan perbedaan politik kepartian.
Pada
saya Ustaz Abu Bakar Hamzah amat ikhlas terhadap Islam,justeru ketika hayatnya
beliau sentiasa bersedia menjadi orang tengah bagi mendekatkan UMNO dengan
PAS.Namun semuanya ibarat menunggu buah yang tidak gugur.Untuk mengetahui lebih
lanjut dari hal Ustaz Abu Bakar saya sarankan kepada semua Umat Islam di negara
ini supaya membaca buku "Takliq Buta Dalam Alam Politik dan Buku Qua Vadis
PAS" yang kedua-duanya adalah tulisan dan susunan Ustaz Abu Bakar Hamzah
sendiri.Saranan saya ini adalah sebagai cadangan kepada masyarakat Islam di
negara ini supaya mencari satu formula politik yang sesuai untuk menyelamtkan
suasana keruncingan Umat Islam di negara kita sekarang yang seolah-olah sedang
berperang sesama sendiri dan di antaranya tidak malu silu meminta bantuan
kawan-kawan dari golongan musyrik demi memperkuat politik masing-masing untuk
mempertahan atau merampas Putera Jaya.
Pada
berpendapat sehingga kini belum lagi muncul saorang tokoh yang berwibawa yang
mampu menjadi orang tengah kearah penyatuan perpecahan Umat Islam di negara
ini. Justeru,saya sarankan kepada masyarakat Islam di negara kita agar
jadikan" Pembentukan Kerajaan Camporan Perikatan PAS 1973" sebagai
formula dalam usaha penyatuan umat di neraga kita.Moga-moga dengan cara
tersebut Umat Islam di negara ini dilihat sebagai umat contoh yang mampu berpegang
dengan ajaran al Quran dan Sunnah.Sama-sama kita doakan agar Allah timbulkan
seorang tokoh yang berwibawa bagi mendamaikan suasana kegawatan ini. Sama-sama
kita tunggu. Insha Allah.
Sekian
dimaklumkan,moga-moga paparan saya ada manfaat kepada Umat Islam sejagat.
Haji
Mansor bin Md Nor